Pusat komuniti beroperasi bermula Februari ini

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Kemudahan yang dinanti-nantikan warga Setiawangsa, iaitu sebuah pusat komuniti yang menawarkan pelbagai kemudahan kepada awam bakal beroperasi bermula Februari ini.


Dengan siapnya bangunan bernilai RM19.5 juta itu menjadikannya pusat komuniti terbesar pertama di parlimen berkenaan.


Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari, berkata, projek itu menjadi pelengkap kemudahan dalam parlimen itu, sekaligus memberi manfaat kepada kira-kira 350,000 warganya.


Menurutnya, pusat komuniti itu bakal menjadi tumpuan setempat dengan pelbagai aktiviti yang boleh dijalankan serentak.


“Selain dewan serbaguna yang boleh memuatkan 850 orang dalam satu-satu masa, pusat komuniti ini juga dilengkapi kemudahan lain termasuk gelanggang badminton, tadika, bilik aktiviti warga emas, taman permainan kanak-kanak serta trek riadah.


“Menariknya, 50 peratus daripada keseluruhan tapak pusat komuniti ini dilengkapi dengan lanskap menjadikan persekitarannya lebih indah,”katanya sempena lawatan kerja di sini, hari ini.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]