UiTM FC langkah kiri

in Sukan by


UiTM memulakan langkah kiri apabila tewas 2-0 kepada pasukan Cilegon United FC pada aksi pramusim pertama, Rabu lalu.


Skuad bimbingan Wan Mustaffa Wan Ismail itu, bermain baik namun kegagalan penyudah terutama di barisan penyerang memberikan kemenangan bergaya kepada pasukan tuan rumah.


Perlawanan itu adalah sebagai persediaan The Lion Troops menghadapi kancah Liga Premier yang bakal menyingkap tirainya awal bulan depan.


Untuk rekod, mereka akan berada di negara seberang tersebut dari 3 hingga 9 Januari ini dan siri persahabatan kembali bersambung dengan bertemu Persitara Jakarta Utara, hari ini.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]