Gesa selesai masalah air, atap bocor di pasar Bukit Payong

in Edisi Terengganu by


MARANG – Kerajaan negeri digesa menyediakan peruntukan mencukupi bagi menyelesaikan masalah bekalan air dan kebocoran atap di pasar Bukit Payong, di sini.


Gesaan itu disuarakan sendiri Adun Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah yang meminta pihak kerajaan negeri menyelesaikan isu yang berlaku sejak tahun lalu.


“Bukan hanya sekadar tampung (tampal) atap sahaja kerana ia tidak boleh atasi kebocoran (sepenuhnya), ” katanya kepada media selepas melawat dan bertemu peniaga di pasar berkenaan.


Mohd Nor berkata, beliau turut dimaklumkan oleh peniaga pasar berkenaan bahawa masalah ketiadaan bekalan air paip berlaku di bahagian barangan basah iaitu tempat penjualan ikan, daging dan juga ayam.


“Manakala kebocoran atap berlaku di beberapa bahagian pasar itu dan ia cukup mengganggu keselesaan peniaga dan pelanggan pasar, terutama ketika musim hujan.


“Masalah yang dihadapi itu juga merugikan peniaga kerana mereka membayar sewa sebanyak RM200 sebulan tetapi mereka menghadapi masalah tersebut,” katanya.

 


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]