Pas tidak pilih BN, Harapan: Mohd Amar

in Politik by


KOTA BHARU – “Kami tidak pilih kedua-duanya, mereka ada rekod dan masalah sendiri,” kata Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir yang mahu Pas memilih siapakah perdana menteri pilihan parti itu.


‘Keputusan’ Pas itu dijangka memberi tamparan hebat kepada bakal perdana menteri Pakatan Harapan itu apabila semalam mencabar Pas untuk menetapkan pendirian berhubung perkara tersebut.


Menurut Mohd Amar, rakyat sendiri sudah mengetahui sebab-sebab relevan Pas tidak memilih kedua-dua pemimpin tersebut, selain membayangkan Pas mempunyai calon pilihan sendiri yang akan diputuskan parti selepas ini.


“Kita akan cadangkan calon perdana menteri yang lain nanti, tetapi setakat ini, terlalu awal untuk kita beritahu, PRU pun belum lagi. Isu ini boleh diibaratkan seperti pasangan yang baru berkahwin.


“Isteri belum mengandung, tetapi sudah kalut mahu cari nama untuk anak. Maka biarlah isteri mengandung dulu, selepas itu kita fikirlah nanti,” katanya ketika ditemui di pejabatnya hari ini.

 


Source: SH Politik

[featured-video-plus]