Tarik 1,000 ahli baharu DHPP setiap bulan

in Politik by


MORIB – Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Selangor menyifatkan 700 permohonan keahlian baharu yang diterima sejak 1 Januari hingga semalam membuktikan sokongan ahli masih tidak berbelah bahagi kepada Pas.


Pengarah Pilihanraya DHPP Selangor, M Rajan berkata, setakat ini permohonan baharu dari enam kawasan termasuk Shah Alam, Kota Raja, Klang, Sabak Bernam, Selat Klang ( Kapar) dan Morib (Kuala Langat) diterima selain mensasarkan dapat mengumpul 1,000 penyokong baharu setiap bulan menjelang Pilihanraya Umum nanti.


Menurutnya, beliau percaya sokongan ahli tetap kuat walaupun terdapat pelbagai tanggapan negatif terhadap parti itu.


“Saya lihat penyokong bukan Muslim masih melihat perjuangan Pakatan Harapan tidak relevan dengan membawa nama Tun Mahathir.


“Tun Mahathir boleh kembali kepada BN bila-bila masa, sebab dia merupakan “second BN group”. Nalurinya masih lagi hidup dalam ahli Umno,” katanya mengulas mengenai penyerahan 37 borang keahlian baharu kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kuala Langat, Dr Salehudin Hafiz di Bilik Gerakan Pas di Morib.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]