Cubaan larikan diri gagal, polis rampas 217 pil kuda

in Edisi Terengganu by


MARANG – Empat lelaki termasuk seorang dari mereka yang cuba meloloskan diri berjaya ditahan polis bersama 217 pil dipercayai dadah jenis pil kuda dalam serbuan di Pulau Kerengga di sini, Selasa lalu.


Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali, berkata, dalam serbuan kira-kira jam 12.30 tengahari di sebuah bengkel motosikal di kampung berkenaan, polis turut menemukan sebuah motosikal.


Menurut beliau, seorang suspek dari empat lelaki terbabit yang berusia 31 tahun itu cuba melarikan diri dan bergelut dengan anggota polis daerah yang membuat pemeriksaan di situ namun berjaya ditahan.


“Polis kemudiannya menemui pil dipercayai dadah jenis pil kuda itu dalam beg pinggang salah seorang suspek sebelum menemui dua lagi beg diletakkan di atas kerusi dan di atas lantai tepi kerusi dalam bengkel itu.


“Nilai keseluruhan dadah dirampas adalah RM2,170 selain polis turut menemui sebuah motosikal yang mencurigakan apabila chasis motosikal telah diganggu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.


Menurut beliau, keempat empat lelaki berkenaan turut didapati positif dadah dan kini direman selama empat hari dan kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]