Najib tiba untuk pelancaran rangka pembangunan Labuan

in Nasional by


LABUAN – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pagi ini  bagi pelancaran bersejarah rangka pembangunan Labuan.


Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Labuan pada pukul 10.18 pagi, disambut Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang mewakili Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman dan Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.


Najib  dijadual melancarkan Rangka Tindakan Pembangunan Labuan 2030, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam 1Malaysia (PPA1M).


Beliau seterusnya akan menyaksikan  penyampaian surat pelantikan  konsultan untuk pelaksanaan Kajian Ketidaklaksanaan Teknoekonomi cadangan pembinaan Jambatan Labuan-Menumbok dan majlis menandatangani  perjanjian Labuan Grand Prix of the Sea antara Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) dan Powerboat P1 Management Ltd.


Selepas itu, Najib dijadual melawat tapak pameran projek-projek pembangunan Labuan sebelum beramah-mesra dengan warga Labuan  pada majlis  santapan Karnival Rakyat.


Beliau  akan berlepas ke Kota Kinabalu pada sebelah petang untuk beberapa program di Penampang Nabawan dan Kota Marudu. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]