Penganggur didakwa bunuh kanak-kanak

in Edisi Johor by


KULAI – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berumur dua tahun tiga bulan, awal bulan ini.


S Mosas, 24 dituduh melakukan bunuh J Paul Ebinesen sehingga menyebabkan kematian ke atas kanak-kanak lelaki itu.


Perbuatan tersebut didakwa dilakukan di laluan Jalan Perak 1 dan Flat Temenggong, di sini antara jam 5.30 petang hingga 7 malam pada 3 Januari lalu.


Tertuduh mengakui memahami pertuduhan yang dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Rendah Mahkamah Majistret Johor Bahru, Mohammad Salehudin Abd Sani, namun tiada pengakuan direkodkan.


Mosas didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Muhammad Qaiyyum Ramlan, sementara tertuduh tidak diwakili peguam.


Muhammad Qaiyyum tidak menawarkan sebarang jaminan kerana menurutnya kes tersebut adalah serius.


Mohammad Salehudin kemudiannya menetapkan tarikh 28 Mac depan untuk sebutan semula kes bagi serahan laporan bedah siasat.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]