Pertandingan tiga penjuru memihak BN

in Politik by


BERSATU dan Amanah dijangka menghadapi saingan sengit sekiranya terlibat dalam pertandingan tiga penjuru pada PRU14.


Walaupun Bersatu diberi jumlah kerusi paling banyak iaitu 52 kerusi, berbanding DAP, PKR dan Amanah dalam Pakatan Harapan, tetapi ia tidak dapat menjamin parti pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad itu mampu mencapai kemenangan besar.


“Sekiranya Harapan ingin merampas pemerintahan daripada BN, mereka perlu menerima sokongan daripada penyokong BN, dan Bersatu mampu memainkan peranan ini.


“Sebagai contoh, dalam pertandingan tiga penjuru melibatkan Pas, Bersatu dan BN, sekiranya 10 peratus undi yang sepatutnya diberikan kepada BN dialihkan kepada Pas, Bersatu akan menghadapi masalah besar untuk menang.


“Bersatu perlu memperoleh lebih daripada 10 peratus undi yang memprotes BN itu.


“Sekiranya berlaku keadaan sedemikian, ini akan membawa kepada kemenangan Harapan di Kedah dan Johor, malah berjaya menguasai kerajaan pusat,” lapor Oriental Daily yang memetik kajian dibuat oleh badan penyelidikan media sosial, Politweet.


Menurut akhbar ini, satu lagi faktor ialah persempadanan semula yang memungkinkan peluang BN mengekalkan pemerintahan adalah besar, dengan memenangi tambahan 10 lagi kerusi daripada tangan pembangkang.


 Selain Bersatu, Amanah turut menghadapi masalah sekiranya dicabar dalam pertandingan tiga penjuru, mahupun satu lawan satu.


“Adalah dijangka Bersatu dan Amanah hanya memenangi sejumlah kerusi yang sedikit,” menurut kajian tersebut.


PRU14 tentukan masa depan orang Cina


Pengundi Cina diminta menggunakan kebijaksanaan untuk menentukan masa depan sendiri dan negara pada PRU14.


Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysiam (Huazong), Tan Sri Pheng Yin Huah berkata, masyarakat Cina tidak boleh terus berada di jalan persimpangan, sebaliknya mereka perlu mengambil peluang memilih jalan dan masa depan melalui undi di tangan.


“Setelah jumlah penduduk Cina di negara ini semakin hari semakin menurun, iaitu tinggal hampir 23 peratus sahaja, jadi gunakanlah peluang pada PRU14 dengan memilih kerajaan yang betul,” katanya seperti disiarkan dalam Nanyang Siang Pau.


Yin Huah turut menggesa masyarakat Cina untuk terus mengambil berat terhadap politik dan masa depan negara, serta jangan terlalu bersikap emosi ketika mengundi.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]