Pati patah kaki semasa cuba melarikan diri

in Edisi Sabah Sarawak by


TAWAU – Seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia patah kaki selepas dipercayai terjun dari bangunan ketika cuba melarikan diri dalam operasi Jabatan Imigresen di sini, hari ini.


Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, lelaki berusia 40 tahun itu dipercayai terjun dari bilik sewanya di tingkat tiga sebuah bangunan di Blok E, kawasan Sabindo selepas tujuh anggota penguat kuasa imigresen menjalankan Ops Ikrar pada 9.50 pagi.


“Siasatan awal mendapati lelaki tersebut melarikan diri selepas seorang anggota keluarganya yang juga Pati ditahan Jabatan Imigresen,” katanya dalam kenyataan.


Katanya lelaki itu kini dirawat di wad kecemasan Hospital Tawau. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]