UTM sasar janaan Tabung Edowmen RM22 juta tahun ini

in Edisi Johor by


SKUDAI – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mensasarkan penjanaan Tabung Endowmen sebanyak RM22 juta sepanjang tahun ini.


Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Wahid Omar berkata, sasaran itu membabitkan penjanaan endowmen sebanyak RM11 juta daripada Tabung Endowmen Universiti dan RM11 juta daripada Tabung Endowmen Fakulti.


Menurutnya, peningkatan sasaran sebanyak RM2 juta pada kali ini dibuat berikutan sasaran tahun lalu berjumlah RM20 juta.


“Kita sasarkan sebanyak RM10 juta untuk Tabung Endowmen Universiti pada tahun lalu tetapi kita peroleh sebanyak RM11 juta.


“Antara sebab kejayaan termasuklah sudut penjenamaan kita bagus dan orang sudah mengenali apa itu endowmen. Malah, ramai orang dalam UTM sendiri turut terlibat memberi seperti potongan gaji dan sebagainya.


“Selain itu, alumni kita juga turut yakin dengan sistem pengurusan Tabung Endowmen kerana ramai orang beri duit dan mereka mahu tahu kemana wang itu pergi,” katanya kepada media selepas Majlis Perutusan Tahun Baru Naib Canselor UTM di Dewan Sultan Iskandar UTM, di sini, hari ini.


Hadir sama, Pro Naib Canselor (Strategi) UTM, Prof Dr Shahrin Mohammad.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]