MCA umum calon Parlimen Tanjung Piai

in Edisi Johor by


PONTIAN – MCA hari ini mengumumkan Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Wee Jeck Seng kekal sebagai calon bagi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).


Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mengumumkan Naib Pengerusi MCA Tanjung Piai, Tan Eng Meng sebagai calon Dun Pekan Nanas.


Jelasnya, kepimpinan MCA yakin dengan kewibawaan Datuk Seri Wee Jeck Seng yang sudah berusaha gigih bekerja sebagai ahli parlimen bagi memberi khidmat kepada penduduk di Parlimen Tanjung Piai yang merangkumi Dun Pekan Nanas dan Kukup.


Pengumuman itu dibuat sempena pelancaran Bilik Gerakan Pilihan Raya Umum MCA Bahagian Tanjung Piai di Pekan Nanas di sini hari ini.


Untuk rekod Jeck Seng pernah menjadi Adun Pekan Nanas pada PRU-11 sebelum menjadi Ahli Parlimen Tanjung Piai selama dua penggal sejak PRU-12.


Manakala Tan Eng Meng merupakan Naib Pengerusi MCA Bahagian Tanjung PiaiĀ  selama tiga penggal selain pernah menjadi Ketua Pemuda MCA Bahagian Tanjung Piai suatu masa dahulu.


Pada PRU-13 lalu, Wee Jeck Seng menang kerusi Parlimen Tanjung Piai memperoleh 25, 038 undi mengalahkan calon DAP, Mahadzir Ibrahim dengan majoriti 5, 457 undi.


Manakala, calon DAP ,Yeo Tung Siong menang kerusi Dun Pekan Nanas setelah memperoleh 15, 436 undi mengalahkan calon BN dari MCA, Wong You Fong dengan majoriti sebanyak 2,669 undi.


Source: SH Edisi Johor

[featured-video-plus]