Mufti KL beri Iqram arnab, jubah

in Nasional by


BEKAS pelakon Iqram Dinzly dihadiahkan dua ekor arnab oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad dalam lawatannya ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Sabtu lalu.


Perkara tersebut dikongsi menerusi akaun Instagram @drzulkifli.albakri.


“Alhamdulillah, pada petang yang mulia ini 20 Januari 2018 kami telah dikunjungi oleh saudara Iqram Dinzly dan Johan As’ari yang datang ke teratak kami. Kami mendengar banyak buah cakapannya dalam merentasi dan melayari kehidupan terutamanya isu yang berlaku dan melingkari dirinya sejak akhir-akhir ini,” kata Zulkifli.


Rakan Iqram, Johan As’ari yang turut berkunjung menemani rakannya tersebut juga menerima pemberian berupa beberapa buah buku tulisan, jubah dan kopiah.


“Kami hadiahkan beberapa buah buku tulisan kami kepada Iqram dan Johan untuk dibaca, dihayati dan diamalkan kandungannya. Begitu juga jubah dan kopiah supaya terus istiqamah dan bersemangat dalam ibadah.


“Tidak lupa dua ekor arnab yang comel kami hadiahkan kepada Iqram, supaya beliau dapat meneruskan hobinya dengan lebih gembira dan tenang,” katanya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]