Derita remaja tumor 4.5kg di muka berakhir

in Global by


MIAMI – AMERIKA SYARIKAT. Seorang remaja di Cuba yang terbang ke Amerika Syarikat (AS) untuk membuang tumor wajah seberat 4.5 kilogram di mukanya meninggal dunia beberapa hari selepas menjalani pembedahan.


Emanuel Zayas, 14,  menderita gangguan fibrosis tiba di Florida, November lalu.


Menurut pakar bedah, pembedahan yang dilakukan di Hospital Kanak-Kanak Holtz mengambil masa 12 jam dan Zayas menunjukkan tanda positif untuk pemulihan.


Bagaimanapun, keadaan kesihatannya merosot selepas dia mengalami kegagalan buah pinggang dan paru-paru. – CNA


Source: SH Global

[featured-video-plus]