Seorang parah, 8 cedera ringan nahas bas dengan treler

in Edisi by


REMBAU –  Seorang warganegara Bangladesh parah, manakala, lapan lagi warganegara yang sama cedera ringan apabila bas ekspress yang dinaiki melanggar belakang sebuah treler di kilometer 232.2, Lebuhraya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi.


Susulan insiden berkenaan, sepasukan anggota bomba dari empat buah balai iaitu Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Rembau, Seremban 2 dan Alor Gajah dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 3.53 pagi.


Menurut Jurucakap bomba, pasukan bomba dari Tampin tiba di lokasi pada jam 4.23 pagi diikuti dari Rembau pada jam 4.29 pagi;  Alor Gajah pada jam 4.40 pagi dan dua anggota dari Unit Motosikal Gerak Cepat ( RIM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Seremban 2 pada jam 4.50 pagi.


“Kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa 30 penumpang dipercayai kesemuanya warganegara asing iaitu Bangladesh yang melanggar belakang sebuah treler.


“Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]