53 penagih ditahan bagi Ops Sarang 1 2018

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Polis berjaya menahan seramai 153 orang untuk pelbagai kesalahan melibatkan penyalahgunaan dadah dalam Ops Sarang 1 2018 membabitkan sembilan lokasi sekitar daerah ini.


Operasi yang diketuai oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah itu dilaksanakan bermula 11.30 malam tadi dan berakhir 4.30 petang tadi.


Antara lokasi yang terlibat adalah sekitar bandar Kuantan, Jaya Gading, Gambang, Beserah, Cherating, Gebeng, Panching, Bukit Goh dan Sungai Lembing.


Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof berkata,  daripada jumlah berkenaan seramai 116 tangkapan telah dilakukan melibatkan 105 lelaki dan 11 wanita warga tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun.


“Kesemua tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 (102 kes, 110 tangkapan) manakala Akta Penyalahgunaan Dadah 1983 dengan enam kes daripada 6 tangkapan.


“Polis dengan keanggotaan seramai 141 anggota termasuk pegawai telah berjaya merampas lima jenis dadah sebanyak 67.06 gram (g) dan 402 biji berjumlah RM8,730,” katanya pada sidang media Ops Sarang 1 2018 di sini hari ini.


Jelasnya dadah yang terlibat adalah heroin (8.73g), syabu (13.28g), yaba (402 biji), ganja (6.5g) dan ketamin (0.36g).


Menurutnya lagi,turut dirampas dua buah motosikal curi jenis Honda EX5 dan Yamaha 125Z  serta kabel yang dipercayai dicuri.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]