Asmara anjur lawatan ke Kimar

in Nasional by


KUALA LUMPUR – Koperasi Anak Sains Mara Berhad (Asmara) telah menganjurkan lawatan oleh pelajar-pelajar kursus Professional Diploma in Entrepreneurship (PDE) di bawah Katowice School of Economy (Unikat) Netherlands ke Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Batu Caves.


Pengerusi Asmara, Datuk Dr Md Mydin Md Sheriff berkata, ia sebagai salah satu strategi pemasaran antara pengilang Bumiputera di Kimar dengan prospek pengeluar makanan usahawan Asmara untuk mewujudkan kerjasama pembuatan dan pembungkusan secara OEM dengan galakan Mara Wilayah Persekutuan.


“Kita melihat peluang ini sebagai akses kepada pengilangan dan pembungkusan berkualiti yang terdapat di Kimar.


“Kesemua peserta ini di bawa melawat kilang di Kimar bagi memberi pendedahan berkenaan industri pengilangan makanan dan khususnya dipelopori oleh bumiputera,” katanya dalam kenyataan, hari ini.


Disamping itu, para pelajar juga diberi pendedahan berkenaan peluang-peluang perniagaan dan bantuan yang disediakan oleh Mara kepada pengusaha yang mahu memulakan perniagaan.


“Program diploma ini akan yang terbaik yang ditawarkan oleh Asmara kepada pengusaha yang baru menjinakkan diri dalam bidang perniagaan kerana menerusi program pendidikan ini memberi peluang kepada mereka untuk mempelajari teknik perniagaan dan keusahawanan yang betul,” jelasnya.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]