Pemenang HDS terima wang tunai lebih RM200,000

in Bisnes by


HOME Direct Shopping Sdn Bhd (HDS) mengumumkan tiga pemenang bertuah Kempen Promosi Ke-11 Best Products dan seorang pemenang utama Kempen Percutian 2017.


Tiga pemenang bertuah itu adalah Hanida Ahmad, 46, daripada Setiawan, Perak yang diangkat pemenang hadiah utama menerima wang tunai RM160,000.


Makinudin Khairi, 50, dan Sabah Kosnan, 66, diumumkan sebagai pemenang hadiah tambahan pertama dan kedua dan memenangi wang tunai RM30,000 serta RM3,999.


Kempen Percutian 2017 menawarkan pakej percutian ke Dubai untuk dua orang atau wang tunai berjumlah RM17,000 pula dimenangi Zaleha Ahyar, 55, bagaimanapun dia memilih menerima wang tunai.


Turut hadir, Pengarah HDS, Datuk Shaharudin Ariffin, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan dan Penghargaan Pelanggan ‘Best Products’, Ahmad Md Isa serta Ketua Pegawai Eksekutif HDS, Chew Mei Ling.


Antara lain yang hadir termasuk duta Best Products iaitu Datuk Nassier Wahab, Ramlah Ram, Ras Adiba Radzi, Raja Ema dan Datuk Jalaludin Hassan.


Dalam pada itu, Mei Ling berkata, pihaknya sentiasa berharap lebih ramai rakyat Malaysia menyertai kempen dijalankan HDS.


“Tempoh kempen yang asalnya dua bulan akan dipendekkan kepada satu bulan, kempen satu bulan ini akan dianjurkan selama enam bulan saja bermula Mac dan berakhir Ogos nanti,” katanya.


Mereka diraikan dalam majlis penyampaian hadiah diadakan di Royale Chulan The Curve, di Kuala Lumpur.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]