PIBG Sekolah Sultan Alam Shah laksana inisiatif wakaf iPad

in Edisi Selangor KL by


PUTRAJAYA – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) akan melaksanakan inisiatif program wakaf iPad bagi kegunaan para pelajar dan guru dalam proses pembelajaran dan pengajaran mereka pada tahun ini.


Yang Dipertuanya, Datuk Reezal Merican Naina Merican berkata, untuk permulaan program wakaf  berkenaan akan tertumpu dalam menyediakan kemudahan iPad secara berperingkat kepada pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga selaras dengan Program Kelas Masa Hadapan yang dijalankan SAS.


“Mungkin di kalangan ibu bapa pelajar SAS berkemampuan untuk menyediakan iPad untuk anak mereka, jadi untuk mereka yang tidak berkemampuan akan disediakan melalui program wakaf ini,” katanya kepada media selepas majlis penyerahan sebuah van dan 30 iPad kepada SAS di sini hari ini.


“Oleh itu, pengumpulan dana wakaf ini akan ditumpukan di kalangan ibu bapa serta golongan korporat dan syarikat-syarikat juga digalakkan untuk menjayakan program ini,” katanya.


Dalam pada itu, Reezal Merican yang juga Timbalan Menteri Luar berkata penyerahan van tersebut adalah pengangkutan tambahan kepada tiga kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah bas yang telah dimiliki sekolah berkenaan.


iPad itu pula akan diserahkan kepada para guru untuk kemudahan proses pengajaran, katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]