Calon kena bersuara wakili semua

in Politik by


CALON yang sesuai  menjadi wakil rakyat bukan sahaja mampu dengar dan memahami, tetapi bersuara untuk rakyat.  


Ketua Dapsy Perak, Howard Lee Chuan berkata, individu itu juga mesti meletakkan dirinya bukan hanya mewakili parti semata-mata, tetapi untuk semua golongan.


“Paling penting dan susah sekali adalah mampu faham rakyat.


Tidak kira datang daripada parti berdasarkan keturunan, agama atau sebagainya, calon itu wakil rakyat bukan wakil parti,” katanya.


Beliau yang juga Ketua Setiausaha Pemuda Harapan berkata, perwakilan parti itu sememangnya termaktub dalam sistem demokrasi, tetapi kepartian, sikap kepartian atau ideologi selepas jadi wakil rakyat menjadi kerangka kefahaman.


Sebagai contoh, DAP katanya, dari segi ideologinya berdasarkan sosial demokrasi yang cenderung bantu warga pekerja, buruh dan sebagainya, tetapi ini tidak bermakna DAP tidak mewakili kumpulan yang cenderung kepada keusahawanan.


Adun Pasir Pinji itu menambah, faktor kebolehan menguasai bahasa juga menjadikan seorang wakil rakyat itu tidak hanya terhad memahami satu-satu golongan.


“Seorang yang memegang amanah mewakili rakyat harus bebas daripada perkara tidak elok, salah dan unsur-unsur haram serta bersikap empati terhadap rakyat,” katanya.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]