IPC kini berwajah baharu

in Bisnes by


PUSAT membeli-belah, IPC dijenamakan semula dengan wajah baharu menerusi pembangunan semula dengan nilai pelaburan RM200 juta.


Pengurus Besar IPC, Karyn Lim berkata, selepas 15 tahun beroperasi, IPC perlu berubah bagi memenuhi cita rasa dan kehendak pelanggan.


“Dengan pembangunan semula yang mengambil masa kurang daripada 10 bulan, kini IPC telah berwajah baharu.


“Setakat ini, IPC telah dipenuhi dengan 145 kedai merangkumi makanan dan minuman, fesyen dan kecantikan serta kedai gaya hidup,” katanya selepas pelancaran IPC di Petaling Jaya, semalam.


Menurutnya, dengan penjenamaan semula ini, IPC yakin dengan potensi pasaran yang bertambah baik bukan sahaja di Malaysia tetapi di Asia Tenggara.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]