Kebakaran jejas operasi lapangan terbang Khon Kaen Thailand

in Global by


BANGKOK – THAILAND. Terminal penumpang lapangan terbang Khon Kaen di wilayah Isan timur laut Thailand, terpaksa ditutup selepas berlaku kebakaran awal pagi Jumaat, lapor agensi berita Thailand (TNA).


Anggota bomba mengambil masa hampir sejam untuk mengawal kebakaran.


Kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu dipercayai bermula akibat letupan di sebuah bilik jana kuasa yang terletak di tingkat tiga terminal itu, sebelum merebak ke bahagian lain.


Lebih 10 jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.


Kejadian menyebabkan kira-kira 2,000 penumpang terkandas dan 16 pernerbangan tergendala. Penerbangan terpaksa dialihkan ke lapangan terbang Udon Thani yang terletak kira-kira 120 kilometer di wilayah Khon Kaen.


Punca kejadian sedang disiasat.


Gabernor Khon Kaen, Somsak Jangtrakul berkata, terminal penumpang itu dipenuhi asap tebal dan kerja-kerja mengurangkan asap sedang dijalankan.


“Hanya bilik jana kuasa yang mengalami kerosakan. Bilik kawalan trafik udara tidak terjejas,” katanya.


Beliau berharap lapangan terbang dapat kembali beroperasi seperti biasa pada Jumaat.


Tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan setakat ini. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]