Mangsa banjir di Raub tidak berubah

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Jumlah mangsa banjir di Raub tidak berubah dengan 19 orang masih ditempatkan di sebuah pusat pemindahan setakat 9 pagi ini.


Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Zainal Yusof berkata kesemua mereka ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Ulu Atok.


Katanya cuaca di kawasan terbabit dalam keadaan baik serta banjir mulai surut. – Bernama


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]