Selamatbercuti.com tawar 25 pakej pelancongan Muslim

in Bisnes by


SELAMATBERCUTI.COM, peneraju pakej percutian Muslim dimiliki dan diurus Wan Vacation Sdn Bhd (Wan Vacation), melancarkan Fiesta Melancong Mega 2 (FMM2) yang menawarkan penjimatan sehingga RM900 seorang bagi pakej berkumpulan ke pelbagai destinasi luar negara.


Pengarah Urusan Wan Vacation, Syazwan Zanini berkata, acara dwitahunan buat kali kedua itu menampilkan 25 pakej pelancongan, antaranya Eropah, Korea, China, India, Turki dan Amerika Syarikat pada harga berpatutan.


Selain itu, katanya, selamatbercuti.com turut memperkenalkan beberapa pakej baharu, antaranya ke West Coast Amerika Syarikat, Delhi, Agra dan Kashmir serta Korea Cherry Blossom Musim Bunga.


“Pelanggan boleh merebut peluang mendapatkan harga paling kompetitif untuk melancong bermula semalam hingga 11 Mac ini, bagi perlepasan berkumpulan dari April hingga Oktober tahun ini,” katanya selepas pelancaran FMM2 di Kuala Lumpur, semalam.


Menurutnya, FMM2 memberikan kelainan apabila menawarkan harga lebih rendah dengan penjimatan tambahan sehingga RM400 untuk pakej pelancongan warga emas berusia sekurang-kurangnya 55 tahun ke atas pada tarikh perlepasan.


Katanya, semua pakej ditawarkan sesuai untuk pelanggan Muslim dengan penjagaan waktu solat, makanan, tour leader berdedikasi dan terlatih serta hotel penginapan tiga hingga lima bintang.


Pada majlis itu, selamatbercuti.com juga melancarkan pakej kolaborasi dengan selebriti terkenal seperti Idayu AF menerusi Pesona Turki Amasya, Hafiz Hamidun (Kembara Balkan 6 Negara) dan Liza Hanim (Permata Turki Antalya) bagi memberi peluang kepada peminat bercuti serta meluangkan masa bersama artis kesayangan mereka.


Maklumat lanjut tentang boleh layari laman web rasmi www.selamatbercuti.com.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]