10 teras utama jadi manifesto Harapan Negeri Sembilan

SEREMBAN – Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mempertaruhkan 10 teras utama yang akan dijadikan sebagai manifesto PRU14 nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Pakatan Harapan Negeri, Cha Kee Chin berkata, mereka akan melancarkan tawaran kepada rakyat Negeri Sembilan secara rasmi, pada konvesyen Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang akan diadakan pada Ahad ni di Dewan City Kingdom Seremban.
Katanya, pada konvensyen itu nanti Harapan Negeri Sembilan akan juga akan mengumumkan pembahagian kerusi sebagai persediaan PRU14.
“Pengumuman pembahagian kerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan diadakan pada Ahad ini, selepas pelancaran tawaran dilakukan.
“Kita tahu ini adalah yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak, memandangkan momentum pilihan raya semakin terasa, kami berharap pengumuman itu nanti akan dapat membantu semua parti komponen dalam PHNS membuat persediaan awal.
“Ditambah pula dengan pelancaran tawaran Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada rakyat itu nanti, ia akan membantu kita berkempen dengan lebih sempurna,” katanya pada sidang media tadi.
Beliau yang juga Setiausaha Pakatan Harapan Negeri Sembilan berkata, tawaran PHNS adalah berteraskan 10 teras utama yang merangkumi semua aspek dibawah bidang kuasa kerajaan negeri.
Katanya, Harapan Negeri Sembilan tidak akan sesekali menawarkan tawaran yang tidak mampu dilaksanakan, sebaliknya membuat tawaran berdasarkan kemampuan serta keupayaan kewangan kerajaan negeri.
Source: SH Politik
[featured-video-plus]