PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2018 - page 3

23 artis, penulis veteran sertai Program Umrah Penggiat Seni

in Hiburan by
Pengerusi Yayasan Mustika Kasih Datuk Seri Prof Khairil Annas Jusoh (dua, kiri) bersama Pengerusi Eksekutif Yayasan Perdana Ummah Datuk Rizal Mansor (kanan) memakaikan ihram kepada pelakon Ahmad Hamid Ab Rahman atau Hamid Gurkha (dua, kanan) pada Majlis Pelepasan Jemaah Umrah Penggiat Seni di KLIA hari ini. – Foto Bernama

23 artis, penulis veteran sertai Program Umrah Penggiat Seni


SEPANG – Seramai 23 penggiat seni antaranya Sahara Yaacob, Zaiton Sameon, Ayati Tasrip, Ibnor Riza Ibrahim, Zaleha Hamid, Sulaiman Yassin (Mat Over) dan Baharuddin Buyong Kahar, hari ini berangkat ke Mekah di bawah Program Umrah Penggiat Seni.


Program anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Perdana Ummah dan Yayasan Mustika Kasih itu julung kali diadakan, hasil cetusan idea Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak semasa Majlis Berbuka Puasa Bersama Penggiat Seni tahun lepas.


Bagi novelis veteran, Baharuddin, 71, peluang pertama kali bakal menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah itu umpama mimpi indah buat dirinya yang kini menyara hidup dengan menjual sate di Segamat, Johor.


Beliau yang popular dengan novel berjudul ‘Senjakala’ yang pernah menjadi buku teks sastera wajib bagi pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 1988 hingga 1992, bergantung hidup dengan hasil jualan antara RM500 hingga RM600 sebulan.


“Dengan pendapatan seperti itu saya memang tidak mampu untuk mengerjakan umrah, apatah lagi anak bongsu masih belajar di universiti.


“Saya bersyukur terpilih untuk program ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelepasan kumpulan jemaah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini.


Masih aktif menulis novel dan cerpen, Baharuddin yang mempunyai empat anak berusia antara 23 hingga 29 tahun berkata, beliau sedang menghasilkan sebuah novel baharu bertajuk ‘Lorong Syahadah’.


“Dengan izin ALLAH SWT, saya berharap mendapat ilham di Tanah Suci untuk menyambung penulisan saya.


“Bagi saya menulis bukan untuk keuntungan atau menjadi terkenal, tetapi kita menulis kerana ALLAH SWT,” katanya yang juga anggota Persatuan Penulis Nasional (Pena).


Bagi penyanyi yang popular dengan lagu ‘Menaruh Harapan’, Zaiton Sameon, 61, meluahkan rasa terharu dan berterima kasih kepada perdana menteri yang sentiasa prihatin terhadap nasib penggiat seni di negara ini.


“Ini kali kedua saya menunaikan umrah, kali pertama pada tahun 1995. Program ini sangat bagus untuk membantu mereka yang kurang mampu untuk ke Tanah Suci,” katanya.


Zaiton yang kelihatan berkerusi roda akibat kecederaan pada kaki selepas tergelincir di dalam lif, ditemani pembantunya Che Sekah Ismail yang turut dipilih menyertai program tersebut.


Seorang lagi peserta program, Abdul Hamid Ab Rahman atau lebih dikenali sebagai Hamid Gurkha,85, berkata ramai artis veteran dan petugas belakang tabir yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mampu untuk mengerjakan umrah.


“Saya rasa bertuah betul kerana bukannya senang kita nak pergi sana terutamanya dari segi kos. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri,” katanya.


Sementara itu, Pegawai Khas Perdana Menteri Datuk Rizal Mansor yang juga Pengerusi Yayasan Perdana Ummah, berkata, kesemua peserta terdiri daripada pelakon, penyanyi, penulis dan penggiat seni di belakang tabir yang dipilih berdasarkan keadaan kewangan dan kemampuan fizikal mereka.


“Kita menerima banyak permintaan dan jika dimurahkan rezeki kita akan teruskan program ini di masa-masa akan datang,” katanya.


Rizal berkata, kumpulan pertama itu akan menunaikan umrah selama 12 hari sehingga 6 Februari selain turut melawat beberapa lokasi bersejarah serta mengikuti kuliah agama. – Bernama


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Budak lelaki maut dirempuh van ketika lintas jalan

in Semasa by


TEMERLOH – Seorang budak lelaki yang menaiki basikal maut dirempuh sebuah van ketika cuba melintas jalan dalam kejadian di Kilometer 13 Jalan Jerantut-Temerloh, di sini, semalam.


Ketua Polis Daerah Temerloh Asisten Komisioner Zundin Mahmood berkata, dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu, mangsa Mohamad Shahrul Arman Abdullah meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.


Difahamkan, mangsa yang berusia 11 tahun sebelum ini bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Buntar, Triang tidak sempat mendaftar ke sekolah baru berikutan baru sebulan lebih berpindah ke Kampung Ketam dan ibunya merancang untuk melakukan pertukaran itu pada minggu hadapan.


Zundin berkata, hasil siasatan mendapati  kemalangan membabitkan penunggang basikal dengan van dipandu lelaki berusia 38 tahun.


“Ketika kejadian mangsa dari rumahnya  menunggang basikal di bahu jalan sebelah kiri jalan menghala Jerantut dan pemandu van dari arah Temerloh juga menghala Jerantut.


“Apabila tiba di tempat kejadian, mangsa dilanggar pemandu van kerana mangsa dipercayai membelok ke kanan secara tiba-tiba dan memasuki laluan pemandu van.


“Pemandu van cuba mengelak namun terkena juga mangsa,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.


Zundin berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di lokasi dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS) untuk bedah siasat.


“Hasil laporan bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.


“Kes disiasat mengikut  Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalanraya (APJ) 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Mukhriz malu mengaku rakyat Malaysia, mengaku Brunei

in Politik by


BALING – Timbalan Presiden Bersatu mendakwa malu mengakui dirinya rakyat Malaysia ketika berada di luar negara selepas imej negara di mata dunia semakin tercalar.


Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, beliau sedih apabila Malaysia hanya dikenali akibat salah laku pemimpin negara dan bukannya kerana kemajuan.


“Waktu pi luar negara atau umrah dan ditanya dari negara mana, saya malu mengaku dari Malaysia, tapi jawab dari Brunei.


“Bila jawab Malaysia, orang akan tanya kenapa negara cukup bermasalah, dahulu cukup hebat dan gah, tetapi hari ni cukup teruk,” katanya


Beliau berkata demikian dalam progam Sarapan Pagi bersama penduduk Kampung Jernang, Mukim Bakai di sini, hari ini.


Mukhriz berkata, Pakatan Harapan akan memulihkan negara dengan salah satu agenda pentingnya ialah menawarkan peluang pekerjaan kepada rakyat, bukannya warga asing.


Source: SH Politik

[featured-video-plus]

JKN nafi dakwaan pegawai cabut lari ketika pemeriksaan

in Edisi Utara by


CHANGLUN – Jabatan Kesihatan Negeri (JKN ) Kedah menafikan isu yang tular di media sosial mendakwa pegawai penguatkuasa kesihatan cabut lari apabila penghuni rumah hendak memanggil suami beliau di Taman Sri Meranti, semalam.


Pengarahnya, Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, ketika kejadian pegawai penguatkuasa dari Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu sedang menjalankan tugas beliau dalam aktiviti kawalan dan pencegahan demam denggi di kawasan terbabit memandangkan terdapat kes demam denggi dilaporkan.


“Anggota terbabit menjalankan tugas dengan mematuhi prosedur yang digariskan bagi pemeriksaan rumah terbabit.


“Sebaik pegawai berkenaan memperkenalkan diri, tempat bertugas dan tujuan lawatan, beliau kemudiannya memohon keizinan untuk memasuki rumah bagi tujuan pemeriksaan,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.


Menurutnya, penghuni rumah yang ketika itu berada di dalam rumah pada kedudukan yang agak jauh tidak membenarkan anggota memasuki rumah disebabkan suami beliau tiada di rumah.


“Anggota terbabit mencatatkan maklumat tentang rumah bagi tujuan lawatan susulan sebelum beredar ke lorong belakang rumah terbabit dan rumah yang lain bagi menjalankan pemeriksaan,” katanya.


Norhizan berkata, setelah selesai menjalankan pemeriksaan, anggota terbabit kembali ke pejabat dan dimaklumkan oleh anggota lain tentang gambar beliau yang tular di media sosial.


“Beliau kemudiannya membuat laporan polis mengenai kejadian itu atas faktor keselamatan,” katanya.


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Garis panduan cegah padi angin

in Edisi Utara by


KANGAR – Jabatan Pertanian Perlis hari ini mengeluarkan satu garis panduan kepada para petani di negeri ini bagi mencegah tanaman mereka daripada diserang penyakit  ‘padi angin.’


Pengarahnya Zulkifli Amin Mohd Jusoh berkata garis panduan itu perlu dipatuhi sepenuhnya.


Mengikut garis panduan itu para petani hendaklah membakar semua tunggul padi bagi membunuh virus yang terlekat pada tunggul padi dan memusnahkan sepenuhnya pokok yang tumbuh semula selepas penuaian dan diikuti dengan meracun jika masih ada benih yang tumbuh.


“Seminggu selepas meracun, para petani hendaklah menabur baja kering dan kemudian diracun bagi membunuh rumput rampai bagi memastikan virus padi angin musnah sama sekali,” kata Zulkifli Amin kepada Bernama.


Penyakit padi angin iaitu buah padi tidak berisi menyebabkan ia menjadi ringan, menjangkiti beratus hektar tanaman padi di Perlis menyebabkan ratusan petani di negeri ini mengalami kerugian besar dalam musim menuai  sekarang.


Penyakit padi angin juga dipercayai berpunca oleh penggunaan benih padi tidak sah atau haram.


Zulkifli Amin mengingatkan petani menghentikan pembakaran jerami mengikut lorong kerana pembakaran sedemikian tidak menyeluruh dan tidak menghapuskan virus padi angin sehingga ke akar umbi. Bernama


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]

Kerajaan peruntukan RM13 juta baik pulih berek polis

in Semasa by


KUALA LUMPUR – Kerajaan akan menyalurkan dana RM13 juta untuk membaik pulih kemudahan asas terutama berek polis Pasukan Gerakan Am (PGA) bagi memastikan petugas Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas dalam keadaan baik.


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah meminta Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Zulkifli Abdullah untuk melihat semua PGA yang memerlukan penambahbaikan untuk kerajaan salurkan peruntukan khas.


Menurutnya, Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga telah mendapatkan peruntukan khas daripada perdana menteri untuk memberikan peruntukan khusus ini.


“Setakat ini, berek yang ada memang tidak mencukupi. Kita ada lebih 130,000 anggota, tetapi jumlah berek yang ada tidak mencapai jumlah tersebut.


“Jadi, dengan jumlah peruntukan ini, proses-proses penambahbaikan akan dibuat secara berfasa,” katanya selepas melawat Markas PGA Cheras, di sini, hari ini.


Turut hadir dalam lawatan itu adalah Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.


Zahid yang juga Menteri KDN berkata, keutamaannya adalah menaik taraf setiap berek yang mempunyai dua bilik menjadi tiga bilik.


Dalam pada itu, beliau turut menekankan keprihatinan kerajaan dalam peruntukan beberapa kemudahan asas lain seperti rumah ibadah, tempat rekreasi serta dewan.


Selain itu, peruntukan yang akan disalurkan ini juga memberi perhatian kepada anak serta pegawai polis.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

Kanak-kanak 7 tahun rentung dalam kebakaran

in Edisi by


PENAMPANG – Seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun rentung manakala ibunya cedera parah dalam kejadian kebakaran melibatkan empat buah rumah di Kampung Tebongon, Putatan, awal hari ini.


Ketua Polis Daerah Penampang, DSP Mohd Haris Ibrahim berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu mangsa itu terperangkap di dalam rumah dan tidak dapat diselamatkan keluarganya kerana api merebak  terlalu cepat.


Beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut yang berusaha menyelamatkan anaknya itu turut melecur.


Bagaimanapun, Mohd Ibrahim tidak mendedahkan identiti kanak-kanak berkenaan dan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.


Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, dalam kenyataannya, mengenalpasti ibu kanak-kanak berkenaan sebagai Siti Sarta Mohd Azmi, 26, dan melecur 50 peratus di seluruh badan.


Menurut jurucakap PGO itu, mereka menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 3.35 pagi sebelum mengejarkan tiga buah jentera berserta 22 orang anggota ke lokasi kejadian dan operasi memadam api selesai sepenuhnya pada jam 7.15 pagi. – Bernama


Source: SH Edisi

[featured-video-plus]

Najib hadiri perbarisan hari Republik India

in Nasional by


NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak hari ini menyertai pemimpin Asean yang lain sebagai tetamu khas pada istiadat perbarisan Hari Republik Ke-69 India di Rajpath, jalan yang digunakan untuk upacara itu yang terletak di tengah bandaraya ini.


Ketibaan Najib yang segak dengan mengenakan sut biru gelap dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada kira-kira 9.40 pagi dalam cuaca dingin 13 darjah, disambut Perdana Menteri India Narendra Modi. Presiden Ram Nath Kovind turut hadir pada upacara itu.


Menurut laporan media, ini adalah kali pertama India dan Modi menjadi hos kepada tetamu khas daripada pelbagai negara pada sambutan Hari Republik. Kehadiran pemimpin negara Asean itu melambangkan hubungan sedekad antara India dan perkumpulan serantau itu kini telah meningkat ke tahap baharu dan strategik.


Selain Najib, tetamu kehormat berkenaan termasuk Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Thongloun Sisoulith, Presiden Myanmar Htin Kyaw, Presiden Filipina Rodrigo Duterte, Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Thailand Prayuth Chan-Ocha dan Perdana Menteri Vietnam Nguyen Xuan Phuc.


Hari Republik disambut bagi meraikan tarikh apabila Perlembagaan India dikuatkuasakan pada 1950.


Dengan kehadiran pemimpin Asean, India memaparkan kecekapan tenteranya, kebudayaan dan kepelbagaiannya berserta pelbagai inisiatif dan pencapaian terbarunya.


Sebanyak 23 komponen yang mewakili pelbagai negeri, kementerian dan organisasi dipersembahkan di Rajpath sepanjang upacara itu yang dijangka berlangsung selama dua jam. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]

Kesedaran rasuah kalangan masyarakat meningkat

in Edisi Pahang by


KUANTAN – Kesedaran masyarakat semakin meningkat dengan adanya Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang dilaksanakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan jabatan kerajaan bagi memerangi rasuah dan menjaga integriti.


Timbalan Pengarah Operasi SPRM Pahang, Jamaluddin Puteh berkata, melalui pelbagai program yang dilaksanakan SPRM untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai gejala rasuah.


Menurutnya, selain IBR yang dilaksanakan oleh jabatan kerajaan, pihaknya turut turun padang bertemu komuniti bagi memberikan pendedahan melalui seminar dan pameran agar tidak terjebak dalam rasuah.


“Hasil daripada program ini, kita dapati pemahaman masyarakat semakin meningkat malah penyaluran maklumat yang dibuat juga berkualiti berbanding sebelum ini.


“Ini menunjukkan mereka sudah memahami situasi yang membabitkan rasuah atau sebaliknya,”katanya kepada media pada Majlis Lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang (Jakoa) , semalam.


Hadir sama, Pengarah JAKOA Pahang, Johari Alwi.


Jamaluddin berkata, SPRM Pahang menyasarkan lebih banyak jabatan akan melaksanakan IBR sejajar hasrat kerajaan.


Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, lebih 100 jabatan sudah melafazkan IBR manakala pada tahun ini, Jakoa adalah jabatan keempat berbuat demikian.


“Saya harap lebih banyak jabatan tampil untuk melaksanakan IBR dan kita bersedia memberikan kerjasama,”katanya.


Sementara itu, Johari berkata, IBR yang dilaksanakan itu melibatkan 130 kakitangan dan pembantu pengurus tadika Orang Asli.


Katanya, Jakoa akan menjalankan IBR kepada Batin dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) melibatkan lebih 300 orang.


“Jumlah semua kakitangan adalah 232 di seluruh negeri dan kita akan laksanakan IBR itu di  peringkat daerah dan zon dalam masa terdekat,”katanya.


Dalam pada itu, Johari berkata, risiko rasuah mungkin boleh berlaku dalam pelbagai situasi termasuk pemberian projek, pengurusan kewangan dan juga kontrak.


Justeru katanya, dengan IBR yang dilaksanakan diharap dapat mencegah jenayah rasuah dalam kalangan kakitangan Jakoa dan pihak berkaitan.


Source: SH Edisi Pahang

[featured-video-plus]

Mangsa kereta terjunam dalam sungai belum dikenalpasti

in Semasa by


TANJONG KARANG – Insiden sebuah kereta terjunam masuk ke dalam sungai di terusan utama berhampiran Parit 3, pagi tadi menggemparkan penduduk setempat.


Sinar Harian difahamkan, kereta jenis Perodua Alza yang dipandu mangsa bersama ibunya dipercayai terbabas sebelum masuk kendalam sungai deras kira-kira jam 10 pagi tadi.


Mangsa, seorang wanita berjaya diselamatkan penduduk setempat manakala seorang lagi dipercayai dibawa arus.


Misi mencari dan menyelamat giat dilaksanakan anggota Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjong Karang.


AKAN MENYUSUL


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]

1 2 3 4 5 49
Kembali UTAMA