PORTAL SINARHARIAN

Monthly archive

January 2018 - page 49

Rintihan Rindu ulangi kejayaan

in Hiburan by
Wany Hasrita

Rintihan Rindu ulangi kejayaan


JIKA bakat baru lain perlu menunggu masa lama untuk muncul dengan album sulung, namun bagi penyanyi yang sedang meningkat naik, Wany Hasrita, peluang itu datang lebih awal.


Populariti mendadak yang diterima menerusi single Menahan Rindu, diikuti lagu duetnya bersama Tajul, Di Sana Cinta Di Sini Rindu ternyata memberi tuah apabila muzik video kedua-dua lagu tersebut meraih lebih 10 juta tontonam di Youtube.


Meneruskan kesinambungan kejayaan itu, Wany tampil dengan single terbaru, Rintihan Rindu yang dijangka mendapat sambutan hebat sebagaimana single pertamanya.


“Alhamdulillah selepas kejayaan single pertama, kini saya berpeluang muncul dengan single terbaru, Rintihan Rindu yang juga hasil ciptaan komposer, Ibnu Gouffran.


“Apa yang menariknya, single terbaru ini turut  menjadi OST(runut lagu) drama Jurnal Suraya sekali gus membantu memperkenalkan lagu ini kepada peminat di luar sana.


“Saya harap peminat dapat menerima lagu ini dan memberi sokongan sebagaimana sebelum ini,” ujar Wany yang baru sahaja menyambut hari jadi ke-25 baru-baru ini.


Hadiah buat peminat


Tidak sekadar itu, Wany juga berkongsi perancangannya yang bakal tampil dengan album sulung sebagai hadiah buat peminat tidak lama lagi.


“Saya sendiri tidak menyangka syarikat rakaman bersedia menerbitkan album sulung saya biarpun perancangan awalnya bukan dalam masa yang terdekat ini.


“Apa pun saya anggap ini sebagai rezeki dan kepercayaan yang diberikan ini sangat saya hargai, malah berjanji untuk memberikan yang terbaik agar apa yang ditampilkan nanti dapat memberikan kepuasan kepada semua.


“Insya-ALLAH, ia merupakan mini album yang memuatkan lima lagu yang terdiri daripada beberapa single nyanyian saya sebelum ini iaitu Menahan Rindu, Di Sana Cinta Di Sini Rindu (duet bersama Tajul), Rintihan Rindu dan dua lagu baru. Salah satunya dari genre balada dan sebuah lagi lagu tradisional,” jelasnya.


Menurut Wany lagi, lagu tradisional dalam album ini merupakan permintaannya sendiri kerana mahu memberi sedikit kelainan kepada penonton yang sebelum ini sudah biasa mendengar lagu berentak balada.


“Saya sebenarnya memang begitu meminati irama tradisional dan sering menyuarakan hasrat untuk tampil dengan lagu dari genre itu kepada syarikat rakaman.


“Tidak sangka pula mereka  memenuhi permintaan itu dengan mendapatkan lagu ciptaan Pak Ngah, sementara Siso sebagai penulis lirik.


“Rakaman sudah selesai dilakukan dan sekarang sedang dalam proses akhir penerbitan album ini sebelum ia menemui peminat tidak lama lagi,” jelasnya teruja.


Source: SH Hiburan 1

[featured-video-plus]

Remaja dibaham buaya ketika memancing

in Edisi Sabah Sarawak by


KUCHING – Seorang remaja dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing dalam satu kejadian di Kampung Melayu Dit, Debak dekat Betong kira-kira 200 kilometer dari sini petang tadi.


Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira 6.11 petang sebelum sepasukan lima anggota dari Balai Bomba Betong digerakkan ke lokasi.


“Kejadian berlaku kira-kira 5.30 petang, mangsa Abang Ikal Abang Suip,13, sedang memancing ditepi Sungai Dit di kampung tersebut sebelum dibaham buaya.


“Buaya berkenaan telah membawa mangsa ke dalam sungai tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.


Beliau berkata setakat 8 malam operasi mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemukan mangsa.


“Memandangkan  keadaan cuaca sudah gelap, operasi SAR akan diteruskan esok pagi,” katanya. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Pemimpin Hamas gesa wujudkan konfrontasi komprehensif

in Global by


GAZA – PALESTIN. Ketua Pergerakan Islam Hamas, Ismail Haneya pada Selasa menggesa pihak-pihak yang berkaitan mewujudkan satu “strategi konfrontasi komprehensif” bagi menggagalkan beberapa langkah Amerika Syarikat (AS) dan Israel di Baitulmaqdis baru-baru ini, lapor agensi berita China Xinhua.


Berdasarkan Intifada Palestin terhadap Israel yang sedang berlangsung, strategi itu perlu menyediakan satu program Palestin, Arab dan Islam bersama untuk berdepan dengan keputusan berhubung isu Baitulmaqdis, kata Haneya dalam satu kenyataan yang die-mel kepada media.


Beliau turut menggesa negara lain yang menyokong Palestin dan menentang polisi AS di rantau ini agar turut serta dalam strategi bersama itu.


“Strategi ini memerlukan kita untuk bergerak di dua landasan. Pertama, untuk mengisytiharkan kematian proses damai dan kedua, bagi menghentikan sebarang jenis normalisasi dengan pihak musuh iaitu Zionis,” kata pemimpin Hamas itu.


Beliau berkata, Presiden AS Donald Trump dan Parti Likud yang memerintah Israel tidak akan “berjaya menukar identiti atau ciri-ciri Baitulmaqdis, yang senantiasa menjadi wajah serta identiti Palestin, Arab dan Islam.”


Dalam satu undian pada Isnin dan Selasa, Parlimen Israel meluluskan satu pindaan yang bakal menyukarkan lagi kerajaan rejim itu untuk menyerahkan Baitulmaqdis dalam mana-mana perjanjian damai pada masa depan dengan rakyat Palestin.


Perundangan baharu itu mungkin meningkatkan ketegangan yang dicetuskan susulan pengisytiharan Trump bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Israel pada 6 Disember.


Kenyataan Trump itu telah mencetuskan protes besar-besaran di  kawasanTebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki rejim itu.


Sekurang-kurangnya 13 rakyat Palestin terbunuh semasa bertempur dengan pasukan keselamatan Israel, menurut media Palestin. – Bernama


Source: SH Global

[featured-video-plus]

118 penduduk terjejas banjir di Membakut dipindahkan

in Edisi Sabah Sarawak by


KOTA KINABALU – Seramai 118 penduduk terjejas banjir di Membakut dipindahkan apabila 14 kampung di daerah kecil itu dinaiki air sejak pagi tadi.


Menurut  kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sabah, penduduk terlibat dipindahkan ke Dewan Membakut susulan bacaan paras air di Sungai Membakut berada di paras bahaya iaitu 7.36m.


Kampung yang terjejas ialah Kampung Jambatan Baru, Kampung Papas, Kampung Kayai, Kampung Limadang, Kampung Brunei, Kampung Lampuas dan Kampung Dungau.


Turut terjejas ialah Kampung Bambangan, Kampung Sinoko, Kampung Pusak, Kampung Lumantak, Kampung Baitam, Kampung Bingkulas dan Kampung Takapan.


Empat jalan turut terjejas akibat banjir iaitu Jalan Kampung Sinoko, Jalan Kampung Baitam, Jalan Kampung Lumantak dan Jalan Kampung Baru. –Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]

Prosedur memfail borang cukai pendapatan tahun 2018

in Bisnes by


LEMBAGA Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memuat naik prosedur Program Memfail Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) Tahun 2018 sebagai rujukan dan persediaan kepada pembayar cukai untuk mengemukakan BNCP pada tahun ini.


Dalam satu kenyataan, LHDN berkata prosedur program memfail BNCP Tahun 2018 dimuat naik di Portal Rasmi LHDN www.hasil.gov.my.


“Prosedur yang boleh dimuat turun tersebut merupakan panduan jelas kepada orang ramai amnya dan pembayar cukai khususnya mengenai pemfailan BNCP,” katanya.


Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 ini, orang ramai boleh melayari Portal Rasmi LHDN atau berhubung dengan Hasil Care Line di talian 1-800-88-5436.


Orang ramai juga boleh mengakses prosedur tersebut dengan mengikut arahan mudah iaitu melayari laman Portal Rasmi LHDN di www.hasil.gov.my kemudian klik Laman utama > Muat Turun > Borang/Info > Program Memfail BNCP Bagi Tahun 2018 III atau capaian secara terus di pautan http://lampiran2.hasil.gov.my/pdf/pdfam/ProgramMemfailBNCP_2018_1.pdf. – Bernama


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]

1 47 48 49
Kembali UTAMA