Seramai 10, 338 peneroka kembali bersama Felda

in Nasional by


BENTONG – Seramai 10,338 peneroka yang sebelum ini sudah tidak bersama Felda bersetuju untuk kembali bermuafakat berada di dalam sistem kewangan tanah rancangan berkenaan.


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jumlah itu adalah dalam tempoh enam bulan selepas Felda membuka peluang kepada peneroka berkenaan untuk kembali bermuafakat seperti diumumkan pada Sambutan Hari Peneroka 2017, Julai tahun lepas.


Menurutnya, peluang itu diberikan kerana kerajaan mengasihi dan tetap mahu membela nasib semua warga peneroka agar mereka terus mendapat manfaat-manfaat yang disediakan.


“Ini dilakukan kerana kita sebenarnya kasih dan tetap mahu membela nasib semua warga peneroka agar mereka terus mendapat manfaat-manfaat yang kita umumkan.


“Ternyata Alhamdulillah, setelah enam bulan sejak pengumuman itu, seramai 10,338 peneroka bersetuju kembali bermuafakat menjadikan peneroka yang berada di dalam sistem kewangan Felda yang kini sudah berjumlah 105,294 atau 93.5 peratus daripada keseluruhan peneroka Felda,” katanya ketika berucap melancarkan Felda 2.0 di Felda Lurah Bilut di sini hari ini.


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]