Najib terima kunjungan Menteri Ekonomi UAE

in Nasional by


PUTRAJAYA РPerdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Ekonomi Emiriah Arab Bersatu (UAE)  Sultan Saeed Al Mansoori di pejabatnya di sini.


Sultan Saeed tiba di negara ini semalam untuk menghadiri Forum Pelaburan  dan Perniagaan  UAE-Malaysia di Kuala Lumpur.


Beliau akan menyampaikan ucaptama pada forum itu hari ini.


Forum dua hari itu bertujuan memulakan hubungan pelaburan dan perniagaan mampan di antara UAE dan Malaysia bagi mempermudah perdagangan dan pelaburan sektor swasta dalam semua sektor utama.


Ia juga bertujuan meneroka dan membuka peluang perdagangan dan pelaburan di antara kedua-dua negara. – Bernama


Source: SH Nasional

[featured-video-plus]