Spurs lebih layak menang

in Sukan by


PENGURUS Tottenham Hotspurs, Mauricio Pochettino percaya pasukannya beraksi jauh lebih baik daripada Liverpool ketika bertandang ke Anfield awal pagi tadi.


Beliau menyifatkan pasukannya lebih layak memenangi perlawanan, namun beliau tetap berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 yang dicatatkan dalam perlawanan itu.


“Walaupun kami terlebih dahulu dibolosi, tapi melalui analisa yang telah kami lakukan saya boleh mengatakan bahawa Tottenham adalah pasukan yang lebih baik dalam perlawanan ini.


“Ya, kami kehilangan dua mata yang sepatutnya layak kami dapatkan, tetapi saya berpuas hati kerana pemain saya terus menunjukkan karakter yang hebat dan cuba memenangi perlawanan. Kami akur dengan satu mata berharga ini,” katanya.


Jelas Pochettino lagi, beliau bagaimanapun sedikit terkilan kerana terus gagal mencipta sejarah memenangi perlawanan di Anfield.


“Ya, memang saya mahu mencipta sejarah memenangi perlawanan di sini. Tapi nampaknya kami masih perlukan masa,” katanya lagi.


Keputusan seri 2-2 menyaksikan Spurs terus melebarkan rekod tanpa kemenangan di Anfield. Kali terakhir The Lilywhites memenangi perlawanan di Anfield ialah pada Mei 2011.


Source: SH Sukan

[featured-video-plus]