Warga emas maut kemalangan

in Edisi by


KOTA BHARU – Seorang lelaki warga emas maut apabila motosikal yang diboncengnya terlibat kemalangan dengan sebuah kereta di hadapan Masjid Peringat, di sini, malam tadi.


Mangsa, Abdul Razak Ismail, 73, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala penunggang motosikal, Mat Yunan Mat Salleh, 61, cedera di kepala dan perut, sementara pemandu kereta jenis Perodua Axia tidak mengalami kecederaan.


Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, kemalangan berlaku pada jam 9.45 malam, ketika kereta dipercayai dipandu dari arah Melor menghala ke Kota Bharu, tiba-tiba berlanggar dengan motosikal dinaiki kedua-dua mangsa.


“Kedua-dua mereka dipercayai tidak sempat mengelak menyebabkan berlaku perlanggaran antara kereta dan motosikal yang dinaiki.


“Pelanggaran menyebabkan penunggang dan pemboceng motosikal tercampak ke atas jalan raya,” katanya.


Menurutnya, pembonceng yang parah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala penunggang dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.


“Polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]