Gunung Sinabung kembali meletus

in Global by


MEDAN – INDONESIA. – Gunung berapi Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara kembali meletus dan turut memuntahkan abu vulkanik setinggi 3.8 kilometer di permukaan udara, malam semalam.


Letusan tersebut berlaku pada jam 8.30 malam (waktu tempatan).


Menurut pegawai peninjau Sinabung, Umar Rosadi, abu vulkanik tersebut bergerak secara perlahan ke selatan.


“Penduduk di Karo diminta berwaspada jika berlaku letusan dan awan panas. Mereka juga diminta memakai topeng muka dan tidak memasuki zon merah,” ujarnya.  


Selain itu, penduduk juga diingatkan untuk tidak melakukan sebarang aktiviti sepanjang aliran Sungai Lau Borus.


“Setakat ini, cuaca cerah. Namun, jika hujan turun, penduduk diminta tidak berada hampir dengan sungai tersebut kerana lava sejuk berpotensi berlaku. Status Sinabung juga masih di peringkat berjaga-jaga,” jelasnya lagi.


Sementara itu, Ketua Agensi Mitigasi Bencana Indonesia (BNPB), Sutopo Purwo Nugroho menerusi akaun Twitter turut mengesahkan letusan terbaharu itu.


‘Abu tersebut dibawa angin yang bertiup ke arah selatan dan barat daya. Tenaga vulkanik juga masih tinggi dan berpotensi meletus lagi,” katanya. – DetikNews


Source: SH Global

[featured-video-plus]