Rumah rehat pemandu bot di Tasik Kenyir terbakar

in Edisi Terengganu by


HULU TERENGGANU- Sebuah rumah jenis separuh kekal di tapak perkhemahan jeti Lawit, Pengkalan Gawi, Tasik Kenyir, yang dipercayai dijadikan tempat rehat pemandu bot terbakar, pagi semalam.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Hairysam Mat Tahar berkata pihaknya menerima panggilan jam 8.18 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian menaiki sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota.


“Operasi diketuai komander operasi, PBK II Zuraidi Mohd Yusof. Kebakaran melibatkan sebuah rumah berkeluasan 20 kaki x 20 kaki dan terbakar 40 peratus.


“Api berjaya dipadamkan orang awam dengan menggunakan alat pemadam api jenis debu kering serta ‘water jet’ sebelum ketibaan bomba.


“Anggota kemudiannya membuat pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi punca-punca yang boleh mendatangkan kecemasan di lokasi. Tiada mangsa terlibat, ” katanya ketika dihubungi.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]