Kebakaran: 34 hilang tempat tinggal

in Edisi Sabah Sarawak by


BINTANGOR – Seramai 34 orang daripada enam keluarga di Kampung Muhibah, Jalan Abang Amin di sini, tinggal sehelai sepinggang setelah rumah mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 1 petang tadi.


Empat rumah lagi yang terletak berdekatan, turut musnah 50 peratus berikutan api merebak dengan cepat akibat angin bertiup kuat semasa kejadian.


Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor, Nicholas  Belulin berkata tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut.


“Api merebak dengan cepat disebabkan keadaan rumah di kawasan tersebut dibina menggunakan kayu dan kedudukan yang rapat.


“Pasukan bomba juga berdepan kesukaran ketika memadamkan  kebakaran disebabkan tekanan air di kawasan tersebut rendah,” katanya bahawa pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran itu pada jam 1.05 petang dan jentera  tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.


Beliau berkata punca dan jumlah kerugian harta benda ekoran kebakaran itu masih dalam siasatan. – Bernama


Source: SH Edisi Sabah Sarawak

[featured-video-plus]