Nelayan temui mayat terapung

in Edisi by


PASIR PUTEH – Satu mayat lelaki berusia dalam lingkungan 40an ditemui terapung berhampiran Kuala Tok Bali di sini, semalam.


Mayat itu ditemui sekumpulan sembilan nelayan tradisional ketika mereka mahu keluar ke laut jam 7.29 pagi.


Salah seorang nelayan terbabit, Mohd Nawawi Abdullah, 31, berkata, mayat lelaki itu kemudiannya diikat pada pelampung sementara menunggu tindakan lanjut pihak berkuasa.


“Pada mulanya kami sangka ia longgokan sampah yang hanyut dari hulu sungai tapi bila menghampirinya, ia adalah mayat manusia,” katanya.


Mayat terbabit kemudiannya diangkat ke Bot Penyelamat 7 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia yang membawanya ke Pengkalan Operasi Maritim sebelum dihantar ke Hospital Tengku Anis (HTA) untuk dibedah siasat.


Berdasarkan tiada kesan suntikan cacar pada bahu, mayat terbabit dipercayai warga asing dan punca kematian masih dalam siasatan.


Source: SH Edisi Kelantan

[featured-video-plus]