Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS

in Bisnes by


KUALA LUMPUR – “Ringgit melantun semula untuk dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan minat yang muncul semula terhadap mata wang negara sedang pesat membangun,” kata  peniaga.  


Pada jam 9.30 pagi, unit tempatan berada pada 3.9100/9150 berbanding dolar AS daripada 3.9170/9200 pada Jumaat.


Seorang peniaga berkata pelabur menunggu kenyataan kongres pertama daripada Gabenor Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, Jerome Powell, yang akan memberikan bayangan mengenai masa depan kemajuan langkah mengetatkan monetari AS.


Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.  


Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9617/9666 daripada 2.9607/9639 dan naik berbanding yen kepada 3.6600/6657 daripada  3.6642/6677.


Ringgit juga meningkat berbanding pound British kepada 5.4638/4716 daripada 5.4705/4762 dan menokok berbanding euro kepada 4.8054/8123 daripada 4.8203/8255 pada Jumaat minggu lalu. – Bernama

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]