Bank rakyat nafi permohonan KADS1M 2018 dibuka

in Bisnes by


BANK Rakyat menafikan notis yang tular di media sosial kononnya permohonan Kad Siswa 1Malaysia (KADS1M) bagi 2018, telah dibuka.


Bank Rakyat dalam satu kenyataan hari ini berkata, notis berkenaan tidak tepat dan pelanggan dinasihatkan tidak berkongsi maklumat tersebut untuk mengelak kekeliruan dalam kalangan pelanggan lain.


“Pelanggan juga dinasihatkan membuat pengesahan menerusi pusat panggilan tele-Rakyat di talian 1-300-80-5454 atau laman sesawang rasmi Bank Rakyat sekiranya menerima sebarang notis yang mencurigakan,” katanya.


KADS1M ialah inisiatif yang menggantikan Bantuan Buku 1Malaysia (BB1M) bagi pelajar yang layak.


Bantuan BB1M sebanyak RM250 itu akan di kreditkan ke akaun bank pelajar melalui KADS1M, namun pelajar perlu mendaftar dengan Bank Rakyat terlebih dahulu untuk melayakkan mereka menerima kad berkenaan.


Selain BB1M, pelajar juga akan menerima diskaun menerusi premis yang mengambil bahagian.


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]