Dadah: Lima lelaki berdepan hukuman mati

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


REMBAU – Susulan kejayaan polis dalam membongkar makmal dadah di sebuah ladang lembu di Jalan Pilin Kampung Kundur Tengah 13 Februari lalu lima lelaki termasuk tiga warganegara India dihadapkan ke Mahkamah Majistret Rembau, di sini, tadi.


Mengikut pertuduhan, Azizul Shahari, 32; V Gunasegar, 29; Shajahan Yoosaf Kunju, 31; Noushadkutty Sulaiman, 40; dan Nahas Aboobaker, 41, kira-kira jam 4.15 petang telah bersama-sama di sebuah ladang ternakan di Lot 1630, Jalan Pilin Kampung Kundur Tengah, Pedas telah didapati mengedar dadah jenis syabu seberat 68.24 kilogram.


Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 (234) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta yang sama dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.


Jika disabitkan kesalahan, kesemua tertuduh boleh dijatuhkan hukuman mati.


Timbalan Pendakwa Raya, Rinisha Priyya memohon tarikh sebutan semula bagi laporan kimia.


Majistret Tan Chai Wei memutuskan tarikh sebutan semula kes pada 28 Mac ini.


Kesemua tertuduh yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dari Shah Rizal & Associates akan di hantar ke Penjara Sungai Udang, Melaka.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]