Gerah cilik, junior diperluas seluruh negeri

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka akan memperluaskan lagi keahlian murid di semua sekolah rendah di negeri ini untuk menyertai Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Cilik dan Junior.


Pengarah SPRM negeri, Abu Talib Othman berkata, tujuan keahlian tersebut adalah bagi mendekati murid-murid daripada Tahun Satu hingga Tahun Enam secara langsung berhubung dengan rasuah.


“Kita akan mendapatkan kerjasama dengan Jabatan Pelajaran negeri supaya semua sekolah rendah di negeri ini didaftarkan sebagai Sahabat Gerah Cilik.

Pengarah SPRM negeri Melaka, Abu Talib Othman bersalaman bersama Pengarah Pelajaran negeri Melaka, Abu Bakar Sahari sebagai tanda kerjasama kedua pihak.


“Tujuan kita, bagi mengingatkan kepada orang ramai, bahawa generasi inilah yang akan memimpin negara pada masa akan datang dan kita memberi kesedaran kepada mereka bahawa rasuah dan salah guna kuasa adalah salah,” katanya.


Beliau berkata demikian di dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Gerah Cilik dan Junior peringkat Negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Mas di sini, hari ini.


Turut sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri, Abu Bakar Sahari dan Guru Besar SK Telok Mas, Rohaya A Hamid.


Pada majlis berkenaan, seramai 930 murid SK Telok Mas telah menjadi ahli Gerah Cilik SPRM.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]