MAI, YPU bakal tingkat prestasi usahawan bengkel

in Bisnes by


INSTITUT Automotif Malaysia (MAI) dan Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperluas kerjasama dalam meningkatkan keupayaan usahawan-usahawan bengkel di Terengganu, menerusi Program Transformasi Bengkel (WTP).


Kerjasama ini bertujuan meningkatkan penyertaan lebih banyak perusahaan bengkel di negeri itu, sekali gus memperkasa keupayaan bengkel-bengkel di Terengganu dan meningkatkan


Mutu perkhidmatan penyelenggaraan kenderaan kepada pemilik kenderaan di pantai timur.


Seterusnya, kedua-dua pihak akan bekerjasama di dalam penubuhan bengkel-bengkel bersepadu, pembangunan perusahaan pembuatan automotif, dan mengukuhkan sektor lepas jualan di Terengganu di masa hadapan.


“Untuk meningkatkan penyertaan perusahaan bengkel di negeri Terengganu menerusi WTP, YPU memainkan peranan dalam penyebaran maklumat kepada bengkel-bengkel, penyediaan


tempat latihan serta pantauan prestasi dari masa ke semasa bagi memastikan proses pembelajaran peserta-peserta program WTP berjalan lancar,” kata YPU menerusi kenyataan media.


WTP anjuran MAI yang bermula sejak 2014 adalah program bimbingan perniagaan bengkel selama sembilan bulan yang menggunakan kaedah one-to-one, latihan usahawan profesional yang diberi secara percuma kepada usahawan bengkel.


Selain peluang peningkatan perniagaan, usahawan-usahawan yang menyertai WTP mendapat pengiktirafan daripada MAI dan diberi keutamaan dalam program MAI yang berkaitan, termasuk padanan perniagaan dengan agensi-agensi kewangan bagi tujuan pengembangan perniagaan.


Sehingga Disember 2017, sebanyak 132 bengkel di Terengganu telah menyertai program WTP dan secara purata, perusahaan bengkel di Terengganu yang menyertai WTP menunjukkanpeningkatan jualan sebanyak 71 peratus.


Program WTP itu menitikberatkan aspek pengurusan perniagaan, termasuk pengurusan akaun, pekerja, jualan, pemasaran dan tabiat keusahawanan.

 


Source: SH Bisnes

[featured-video-plus]