Mayat wanita warga emas ditemukan di PJ

in Edisi Selangor KL by


KUALA LUMPUR – Misteri bau busuk terungkai apabila polis hari ini menjumpai  mayat  seorang wanita warga emas dipercayai mangsa bunuh  di sebuah flat di Jalan PJS 1/52, Petaling Jaya.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata penemuan mayat Chan Yip Yong itu susulan panggilan kecemasan daripada jiran  mangsa.


Beliau berkata polis mendapati pintu sebuah bilik dalam rumah itu dihalang oleh mayat wanita tersebut.


“Keterangan yang diambil daripada  jiran mendapati mangsa yang berusia dalam lingkungan 60 tahun kali terakhir dilihat pada Jumaat lalu,” kata Mohd Zani ketika dihubungi.


Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Bernama

 


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]