PRU14 ibu duit cybertroopers

in Semasa by


MASIH ingat video ‘In the beningging ….. in the beningging’?


Adoi, susah betul Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma nak sebut ‘In the beginning’! Sampai dimalukan satu dunia.


Namun hakikatnya dia adalah mangsa troll dalam rakaman berdurasi 35 saat yang dicipta oleh cybertroopers.


Itu kisah global. Kalau di Malaysia? Percayalah, akan ada banyak video serupa dalam PRU14 nanti. Waktu itu adalah syurga buat cybertroopers meraih pendapatan lumayan mungkin.


Buat kaki troll anda perlu ingat. Jangan disebabkan anda mendapat upah lumayan, institusi negara tergugat, kedaulatan negara terhakis dan prinsip Rukun Negara dipermainkan dan paling penting ingatlah dosa dan pahala.


Bagi blogger yang juga bekas wartawan kanan, Syaril A Kadir menjangkakan menjelang PRU14 ini, fungsi blogger, penulis, cybertroopers akan menjadi havoc dan meriah.


Tetapi yang merisaukan apabila ada kalangan mereka ini yang oportunis dengan menabur janji semata-mata untuk mendapat upah tapi tak nampak hasil. Hadoiii…lebih teruk jika adanya ‘sapu’ dua-dua pihak.


“Kita tak boleh nafikan pihak sebelah sana atau sebelah sini terima bayaran, bayaran mungkin token, bulanan atau by tajuk. Tapi ada juga yang buat kerja kerana sayangkan parti, pemimpin jadi mereka buat atas dasar sukarela,” katanya.


Namun katanya, kehadiran blogger atau cybertroopers ini ada mencalarkan imej penulis kerana ada yang menulis tanpa fakta, menggunakan bahasa kesat atau lebih kepada pembunuhan watak.


Mengenai budaya fake news, Syahril menyifatkan trend itu sangat bahaya dan boleh menjadi parah.


 “Kita kena tapis sendiri atau pihak berkuasa jangan pandang remeh. Nak buat undang-undang dah sedikit terlambat tapi better late than never,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]