Rasuah: Sarjan ditahan SPRM

in Edisi Melaka Negeri Sembilan by


BANDARAYA MELAKA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Melaka, mengesahkan menahan seorang anggota polis berpangkat sarjan bagi membantu siasatan berhubung satu penawaran rasuah yang dikaitkan dengan kes dadah.


Pengarah SPRM negeri, Abu Talib Othman berkata, anggota polis berkenaan berusia 53 tahun ditahan di kawasan Tanjung Kling kira-kira jam 5.30 petang selepas menerima maklumat daripada orang awam mengenai kejadian berkenaan.


“Memang SPRM ada membuat tangkapan semalam berkaitan dakwaan permintaan wang rasuah sebanyak RM6,000 daripada seorang anggota polis berusia 53 tahun, untuk tujuan melepaskan individu yang memiliki peralatan berkaitan dadah.


“Kita masih lagi menyiasat kes ini. Sekiranya kertas siasatan dapat disiapkan secepat mungkin, maka tiada keperluan untuk menahan reman suspek terbabit,” katanya di dalam sidang media sempena Pelancaran Program Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah (Gerah) Cilik dan Gerah Junior Peringkat Negeri Melaka di Sekolah Kebangsaan Telok Mas, di sini, hari ini.


Abu Talib berkata, penahanan tersebut adalah kes pertama di dalam tahun ini membabitkan anggota polis.


Source: SH Edisi Melaka NS

[featured-video-plus]