1,100 dijangka hadir Konvesyen BN Terengganu 2018 esok

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – Seramai 1,100 ahli parti komponen BN negeri dijangka hadir ke Konvesyen BN Terengganu 2018 yang berlangsung dua hari bermula esok di Hotel Primula Beach, di sini.


Turut dijangka hadir pada konvensyen yang akan dirasmikan oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn iaitu bekas-bekas Menteri Besar dan bekas Adun.


Ketua Penerangan Umno Terengganu merangkap Pengerusi Jawatankuasa Konvensyen BN Terengganu 2018, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, konvensyen bertemakan ” Terengganu Molek Doh” kali ini membawa kelainan berbanding konvensyen sebelum ini.


“Antara kelainan iaitu setiap komponen parti akan membentangkan kertas kerja berdasar kejayaan program yang dibuat untuk menghadapi PRU 14.


“Mereka juga perlu menerangkan apakah strategi untuk memenangi kerusi yang kalah dan mengekalkan kerusi yang menang.


“Cara ini dilihat lebih praktikal kerana kita boleh berbincang serta bertukar-tukar pandangan, ” katanya kepada pemberita dalam sidang media sempena Konvensyen BN 2018, hari ini.


Wan Abdul Hakim berkata, selain itu, konvensyen kali ini lebih terbuka kerana semua media dijemput mengikuti setiap sidang yang akan diadakan pada hari pertama(esok).


“Jika sebelum ini, pada hari pertama konvensyen, kita adakan secara tertutup sahaja, iaitu hanya untuk peserta konvensyen,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]