BN guna pendekatan yakin dalam diam

in Edisi Terengganu by


KUALA TERENGGANU – BN Terengganu menggunakan pendekatan ‘quietly confident’ (yakin dalam diam) bagi mengekalkan tampuk pemerintahan dan merampas lebih kerusi pada PRU 14 nanti.


Ketua Penerangan Umno Terengganu, Wan Abdul Hakim Tan Sri Wan Mokhtar berkata, BN Terengganu tidak mempedulikan persediaan yang dilakukan parti pembangkang.


Bagaimanapun, tegasnya, strategi BN Terengganu adalah bukan reaktif namun pihaknya tahu cara dan bila melaksanakan strategi yang dirangka.


“Jika kita lihat senario kempen politik hari ini dengan mengadakan ceramah besar-besaran di merata tempat sudah tidak menjanjikan kemenangan dimana-mana pun.


“Kita semua ada data yang diperlukan dan PRU 14 semua adalah mengenai nombor malah BN Terengganu yakin dengan data itu,” katanya pada sidang media Konvensyen BN Terengganu 2018, hari ini.


Menjawab persoalan mengenai kerjasama dengan Pas, Wan Abdul Hakim berkata, di peringkat pusat ada kemungkinan berlaku kerjasama namun tidak di peringkat negeri.


“Setahu saya, diperingkat negeri jika saya diletakkan sebagai calon pada PRU 14 nanti lawan saya adalah parti Pas, jadi lawan tetap lawan.


“Kita bersedia untuk menghadapi kemungkinan berlaku pertembungan tiga atau empat penjuru berdasarkan perkembangan politik terkini dan setiap pertembungan yang berlaku akan membawa impak berlainan,” katanya.


Source: SH Edisi Terengganu

[featured-video-plus]