Lapan jatuh sakit selepas sampul surat dibuka

in Global by


WASHINGTON – Sekurang-kurangnya lapan orang termasuk anggota tentera jatuh sakit selepas satu sampul surat yang mengandungi bahan tidak diketahui dibuka di sebuah pangkalan tentera semalam, kata pegawai.


Sampul berkenaan diterima di Joint Base Myer-Henderson Hall, kata AS Marine Corps dalam satu kenyataan hari ini.


Tambah kenyataan itu, sebagai langkah keselamatan semua petugas diarahkan mengosongkan bangunan bagi membolehkan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) melakukan pemantauan.


Tiada butiran tambahan boleh didapati buat masa ini kerana siasatan sedang dijalankan,” kata kenyataan itu.


Sementara itu, CNN dalam laporannya berkata tiga anggota tentera mengadu tangan dan muka mereka seperti dibakar.


Pada masa sama, jurucakap tentera Majer Brian Block berkata adalah terlalu awal untuk mengaitkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.


“Terlalu awal untuk membuat spekulasi…kita perlu tunggu sehingga pasukan penyiasat selesai melakukan tugas mereka,” katanya.


Pangkalan tentera Myer-Henderson Hall atau Fort Myer terletak berhampiran Pentagon. – AFP


 


 


 


 


 


 


Source: SH Global

[featured-video-plus]