Produk Dutch Lady terbukti selamat

in Semasa by


SHAH ALAM – Dutch Lady Malaysia mengesahkan semua produknya selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia serta antarabangsa.


Pengarah Urusan Dutch Lady Malaysia, Tarang Gupta berkata, perkara itu telah disahkan melalui keputusan ujian rasmi dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini.


“Keputusan makmal kementerian adalah 100 peratus selaras dengan ujian bebas Dutch Lady Malaysia yang dijalankan oleh makmal-makmal yang diakreditasi di Malaysia dan Singapura. 


“Penyiasatan dijalankan oleh Dutch Lady seterusnya mengesahkan hanya produk Dutch Lady yang sahih sahaja dijual di pasaran,” katanya dalam kenyataan, di sini.


Beliau mengulas isu produk Dutch Lady tiruan, yang sebelum ini tular di media sosial dan dikatakan dijual di pasaran.


Menurutnya, pihaknya gembira dengan keputusan diumumkan oleh Kementerian Kesihatan yang menyokong penemuan Dutch Lady Malaysia sebelum ini bahawa tiada sebarang kekurangan dari segi kualiti produk dan susu produk mereka adalah selamat untuk diminum.


“Kami juga gembira penyiasatan kami turut mengesahkan semua produk Dutch Lady yang dijual di Malaysia adalah produk yang sahih,” katanya.


Jelasnya, Dutch Lady telah beroperasi di Malaysia sejak 55 tahun dan kesihatan serta kesejahteraan pengguna sentiasa menjadi keutamaan mereka


“Kami ucapkan terima kasih kepada pengguna atas sokongan dan kepercayaan mereka yang berterusan terhadap jenama kami,” katanya.


Source: SH Semasa

[featured-video-plus]