51 individu ditahan Op Perdana AADK Ampang

in Edisi Selangor KL by


AMPANG – Seramai 51 individu ditahan dalam Op Perdana Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Ampang, baru-baru ini.


Ketua Pegawai AADK daerah, Mohd Alam Shah Hamdan berkata, seramai 47 lelaki dan selebihnya wanita ditahan di sekitar Ampang Jaya.


“Kami mendapati hampir separuh individu yang ditahan itu positif Methamphetamine, selebihnya morfin dan dadah jenis tetrahydrocannibol (THC),” katanya.


Mohd Alam berkata, Ampang Jaya kini dikategorikan bebas ‘port’ penagih dadah.


“Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut membantu kami merobohkan ‘port’ penagih dadah sedia ada, malah ada yang bertukar menjadi kebun komuniti.


“Penagih dadah kini dipercayai memilih kawasan rumah mereka untuk tempat melepaskan gian,” katanya.


Menurutnya, kejayaan operasi pada kali ini adalah hasil maklumat orang awam dan rondaan anggota AADK.


“Kita akan mengeratkan lagi kerjasama dengan komuniti dalam usaha menyalurkan maklumat berkaitan AADK,” katanya.


Kesemua individu yang ditahan itu berusia dalam lingkungan 18 hingga 40 tahun. Kes disiasat mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]