Kes tular culik kanak-kanak, kes lama

in Edisi Selangor KL by


KAJANG – Polis sedia maklum kes tular melalui media sosial berhubung seorang kanak kanak yang diculik di Kawasn Pasar Sungai Chua Kajang.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, pada mulanya semakan pihaknya mendapati tidak menerima sebarang laporan polis berhubung kejadian itu.


“ Namun demikian sejurus selepas kejadian ini mula ditular dalam media sosial semakan lanjut pihak kami mendapati terdapat satu kejadian seumpama ini, laporan polis pada 9 Oktober 2015.


“Kita telah terima maklumat berkenaan kejadian melarikan  kanak-kanak oleh tiga suspek menaiki kereta Proton Saga warna gelap di Pasar Sungai Chua Kajang,” katanya.


Ahmad Dzaffir berkata, dalam kes tersebut pengaduan telah dibuat oleh seorang lelaki berusia 41 tahun, memberitahu polis, pada hari kejadian kira-kira jam 9.00 pagi, anak lelakinya berusia lima tahun dihantar ke sebuah tadika di Sungai Chua Kajang telah dilarikan.


“Kia telah membuat tangkapan ke atas empat suspek termasuk seorang warga Indonesia bagi membantu siasatan mengikut Sekyen 3 Akta Culik 1961,” katanya.


Beliau berkata, tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia itu didakwa di Mahkamah Tinggi Shah Alam.


“Sementara itu seorang lagi susppek dijadikan saksi pendakwaan dalam kes ini.  Kes ini masih lagi dalam perbicaraan. Kes akan di sambung bicara semula pada 12 hingga Mac ini di mahkamah yang sama,” katanya.


Source: SH Edisi Sel KL

[featured-video-plus]