LTSAH dinaik taraf sebagai lapangan terbang antarabangsa

in Edisi Utara by


ALOR SETAR, 3 Mac (Bernama) — Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH) di sini akan dinaik taraf menjadi sebuah lapangan terbang antarabangsa dalam tempoh lima tahun akan datang dalam usaha membangunkan Bukit Kayu Hitam sebagai hab logistik di utara.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata penaiktarafan LTSAH perlu dilakukan sebagai tarikan utama kemasukan pelabur ke Bukit Kayu Hitam, yang bersempadan dengan Thailand.


“Selepas berbincang dengan Menteri Kewangan Kedua dan untuk memajukan Bukit Kayu Hitam, kita perlu menaik taraf Lapangan Terbang Alor Setar (Sultan Abdul Halim) untuk¬† tempoh lima tahun ini sebagai lapangan terbang antarabangsa.


“Penaiktarafan ini sangat sesuai untuk pembangunan logistik Bukit Kayu Hitam selain ia bersempadan dengan Thailand yang potensinya sangat besar,” katanya ketika berucap merasmikan¬† Penutup Ekspo Muafakat Kedah di perkarangan Stadium Darulaman di sini, hari ini.


Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

 


Source: SH Edisi Utara

[featured-video-plus]